Terus ke kandungan
Kembali ke senarai pengumuman
Umum

Kutipan Tabung Pembangunan Masjid Fasa 2

Pihak masjid dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kutipan bagi Tabung Pembangunan Fasa 2 telah pun dibuka.

Dana ini akan digunakan untuk menaik taraf sistem penyaman udara ruang solat utama serta membaik pulih bumbung blok wuduk yang telah uzur.

Sumbangan boleh dibuat secara dalam talian melalui halaman Derma, atau menggunakan kod QR yang disediakan di kaunter pejabat masjid. Resit akan dihantar secara automatik selepas pembayaran disahkan.

Diterbitkan oleh Masjid Al-Falah Subang Jaya