Program
Kelas Mengaji Al-Quran Dewasa Bermula Semula
Kelas Mengaji Al-Quran untuk dewasa akan bermula semula pada setiap malam Isnin dan Rabu, selepas solat Isyak, di Dewan Serbaguna.
Kelas ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Ismail dan terbuka kepada semua ahli kariah tanpa sebarang bayaran. Peserta baharu amat dialu-alukan.
Pendaftaran boleh dibuat melalui halaman Program atau di kaunter pejabat masjid pada waktu pejabat.